Saturday, 14 March 2015

Akauntabiliti Guru


AKAUNTABILITI?

Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah tanggungjawab guru terhadap profesionnya.

Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah:

a) Akauntabiliti terhadap pelajar – guru mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membektuk potensi mereka secara mnyeluruh.

b) Akauntabiliti terhadap diri sendiri – guru harus berpengetahuan luas dan berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar.

c) Akauntabiliti terhadap ibu bapa – guru melaksanakan tugas dengan memastikan anak-anak mereka menajdi insan yang berguna kepada msayarakat dan negara.

d) Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara – guru mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara.

e) Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan – guru perlu menjalin hubungan sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka.



Transformasi Dalam Kurikulum di Malaysia


Pelbagai transformasi telah dilalui oleh sistem pendidikan negara kita. Salah satunya dari segi kurikulum nya yang mengalami perubahan daripada KBSR kepada KSSR.

Guru-guru perlu mengetahui perbezaan antara dua kurikulum ini supaya pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan yang berlaku.

Thursday, 12 March 2015

Guru Abad ke 21

Pembelajaran kini lebih menekankan kepada konsep pembelajaran abad ke 21.

Hmm, macam mana tu?


Cuba kita renungi quote di bawah:


Mungkin kita perlu kaji kriteria di bawah ini pula:



Agak-agaknya kita sebagai guru ada tak salah satu ciri guru abad ke 21 di atas?

ke arah itu... 
InsyaAllah. :) sama-samalah kita perbaiki kualiti pengajaran kita...

11 anjakan dalam PPPM 2013-2025

Anda sudah tahu dan baca??

Ini dia.....

(gambar kredit to cekgunorazimah.blogspot.com)

PPPM 2013-2025

6 Aspirasi Murid

5 Aspirasi Sistem



yang paling utama, murid-murid perlu diterapkan dengan unsur KBAT @ Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Stress


Pernah alaminya?



PUNCA2 STRESS

1. Bebanan tugas / kerja
- Lakukan banyak kerja dlm satu masa (mengajar, pengkeranian, uruskan murid dll).

2. Keluarga
- Masalah dengan ahli keluarga yg tidak dapat diuruskan dgn baik.
- Tempat mengajar jauh drpd keluarga.

3. Kewangan
- Pengurusan kewangan yang tidak terurus.
- Dibebani hutang.

4. Kesihatan

5. Tempat kerja
- Baru berpindah ke tempat kerja baru (tak dapat sesuaikan diri)

6. Persekitaran tempat kerja
- Hubungan antara guru dengan guru, guru dengan pentadbir dan guru dengan murid serta komuniti setempat (masalah sosial).
- Konflik dengan rakan sejawat.
- Persekitaran kerja yg tidak kondusif (tidak selesa, panas, kotor dsb).

7. Pihak pentadbiran
- Pertukaran pihak pentadbir.
- Sikap pentadbir.

8. Murid
- Mengajar murid yg kurang motivasi.
- Sikap murid.

9. Bilik darjah
- Persekitaran bilik darjah tidak kondusif.

- Bilangan murid yg ramai.
- Masalah pengurusan bilik darjah (tiada peraturan).

10. Masa
- Tekanan masa ditambah dengan beban kerja.

11. Kemudahan
- Kurang BBM.
- Infrastruktur dan kemudahan yg terhad.

12. Diperhatikan dan dinilai oleh pihak lain.

13. Tekanan drpd ibu bapa murid.

14. Konflik peranan dan tidak jelas dengan tugas yg diperoleh / keraguan.

15. Gaji yang rendah.

buatlah yang TERBAIK!

Langkah menangani gangguan emosi dalam kalangan murid-murid

Adakah MARAH jalan penyelesaiannya?

1. Peranan ibu bapa dan keluarga

 Bagi bimbingan, didikan, kasih sayang, perhatian dan dorongan yang cukup.
 Ibu bapa perlu ada kemahiran keibubapaan dan tahu peranan mereka.
 Jaga kebajikan anak2.



2. Guru

 Perlu ada pengetahuan dan kemahiran utk kenalpasti emosi murid.
 Kenalpasti masalah yang dihadapi murid.
 Gunakan peneguhan positif.
 Kerjasama dgn ibu bapa murid – sampaikan maklumat tntg murid kpd ibu bapa tntg
masalah yg dihadapai oleh anak mereka.
 Lakukan perbincangan dgn murid, guru kaunseling, GB dan ibu bapa murid.
 Mahir kawal bilik darjah – sediakan peraturan yg jelas.
 Laksanakan pengajaran yang menarik dan sesuai dgn minat murid – elak murid rasa bosan
seterusnya dapat kurangkan masalah emosi murid.
 Penerapan nilai.
 Wujudkan persekitaran bilik darjah dan sekolah yg ceria dan kondusif.
 Rancang dan laksanakan program2 sihat yg dapat bantu murid kenalpasti dan kawal emosi
yg dialami.
 Ajar kemahiran urus emosi dengan bijak dan ajar teknik tingkatkan kecerdasan emosi.
 Bagi murid peluang utk kenal pasti tingkah laku dan emosi yg dialami.


3. Persekitaran

 Persekitaran sekolah, tempat tinggal yg kondusif, selesa, ceria dan selamat.
 Hubungan antara rakan, guru dan jiran tetangga baik tanpa ada konflik.
 Amalkan gaya hidup sihat – sertai aktiviti kemasyarakatan.



4. Program-program sokongan

 Dapatkan khidmat sokongan dan kerjasama drpd kaunselor dan pakar psikologi – bantu murid tingkatkan pencapaian akademik, tingkatkan kecerdasan emosi, bangunkan kemahiran social, tingkatkan konsep kendiri dan bantu uruskan emosi dengan bijak.



MARAH bukan penyelesaian ok? :)

 

Template by BloggerCandy.com